Pink Bobblehead Bunny
Blogger Tips and Tricks

Friday, 6 November 2015

Piano Chapter 2

Persekolahan bermula seperti biasa. Feya mula membuka buku rujukan biology sebelum kelas bermula.Walaupun dia ni jenis nakal, kasar dan sebagainya. Tapi dia memang suka belajar. Itu adalah satu sebab kenapa dia teringin nak masuk sekolah tinggi Lucia. Sekolah itu menyediakan kemudahan yang amat kondusif untuk pembelajaran. Tambah-tambah lagi bagi aliran sains tulen yang diminatinya. Makmal-makmal di sekolah tersebut begitu lengkap dengan pelbagai jenis aparatus-aparatus yang berkaitan sains. Guru-guru yang mengajar aliran sains pula amat mudah didekati dan pelajar-pelajar memang senang memahami apa yang disampaikan. Bak kata Feya 'Superb babe!'

Sesekali Feya merenung gadis disebelahnya. Dari hari pertama lagi dia keliru dengan minah tu. Tak bercakap! Feya buat sangkaan yang dia tu bisu. Ye lah, mana kita tau.

"Ehemm, emm. Awak faham tak pasal lymphatic system. Saya keliru sikit lah.." Feya buat-buat tanya soalan. Mungkin kawan sebelah meja dia sudi nak keluarkan suara. Gadis tu merenung. Selepas itu, dia angkat bahu. Feya mencebik. Ceh, tak menjadi jugak taktik dia. Dia sempat merenung ke arah buku tulis gadis itu. Nak tau nama penuh. Dia tau nama pendek gadis itu je. Olivia. Macam nama minah indon dalam sinetron. Tapi, Olivia cepat-cepat sorok buku tulisnya bila dia sedar perbuatan Feya. Feya mencebik lagi. Perahsia betul minah tu.

"Guys, Miss Nisa MC hari nih, so enjoy ar!" Laung ketua kelasnya. Yang paling kuat bersorak, Adi.Dia pandang sinis. Mamat tu, Second week dekat situ dah ada fanclub. Memang tak boleh bla lansung. Tak logik. Adi perasan pandangan sinis Feya. Dia berjalan ke tempat Feya.

"Feya, rehat ni treat aku eh? Forgot to bring my cash lah.." Adi membodek.

"Kau pehal nak suruh belanja2. Ingat duit papa aku untuk kau?!" Balas Feya geram. Adi sengih.

"Alaa Feya....Please..Takkan kau tak kesiankan childhood friend kau nih..." Adi kedip-kedipkan mata. Feya pelik. Sejak bila lah si Adi ni pandai bodek-bodek dia. Selalu ada je point nak ajak gaduh. Tapi kali ini, makin mengada. Mungkin ini semua pengaruh negatif rakan sebaya. Beware adik-adik di luar sana. Kuatkan hati. Jangan terpedaya dan mudah terpengaruh.

"Boleh tak jangan nak kedip-kedipkan mata camtu.Geli kot aku tengok. GELI!" Marah Feya. Adi tersenyum memandangnya. Feya bangun.

"Ehh, wehh, nak pergi mana tu?" Soal Adi.

"Bukan hal kau!" Balas Feya. Lalu menyarungkan pas keluar tandasnya. Baik dia bla sebelum macam-macam aksi yang berlaku.

Disebabkan masa pembejaran subjek biology masih berbaki 1 jam 45 minit. Dia bercadang nak merayau sekeliling sekolah. Budak nakal memang camtu perangainya. Dia dah lama teringin nak pusing satu sekolah, tapi takde masa dan takde geng nak di ajak. Jadi inilah peluangnya.
Satu-satu tempat dia pergi. Library, kantin memang dia tahu,Theather hall, main hall dan sebagainya.

Setelah dia berpuas hati. Dia bergerak ke bangunan belakang sekolah. Sedang asyik berjalan dia terperasan satu dewan yang macam ditinggalkan. Agak usang. Tapi saiznya amat besar.
Sedang dia mendekati dewan tu, tiba-tiba dia rasa seperti ada seseorang tarik kainnya. Dia menjerit kecil. Cuak kot. Dah lah dewan tu usang dan menyeramkan.Tegak bulu roma nya.Dia pandang belakang, tapi takde orang. Lagi lah dia seram. Dia cuba berjalan, tapi tetap tak boleh. Dia pandang kebawah. Rupa-rupanya kainnya tersangkut dekat tunggul kayu. Memang tak kelakar. Nasib baik dia tak menjerit kuat.

Itulah effect banyak sangat tengok cerita horror. Asyik-asyik berilunasi. Mengarut. tambahan pula, dia memang minat cerita-cerita yang berunsur misteri ni. Dari kecil lagi dia minat koleksi filem Harry Potter. Novel-novel pun dia ada dekat rumah. Dia jugak pernah berangan jadi Hermione Granger. Siap buat ranting kayu jadi 'magic wand' lepastu dia ketuk kepala Adi guna ranting kayu tersebut. Kononnya nak sangat sumpah Adi jadi katak yang hodoh. Maklumlah, dia geram sangat sebab Adi suka sangat mengusiknya. Itu waktu mereka masih kecil.

Walau bagaimana pun, dia tetap nak menyiasat tentang dewan tersebut. Dia mesti memberitahu Atia. Tapi, baik dia pulang ke kelas dulu. Melampau pulak pergi ke tandas hampir 1 jam.

"Woi, kau buat ape lama-lama sangat pergi toilet? kesian Dina tu, dia nak guna pas.." Soal Adi pada Feya yang tengah termengah-mengah tu. Feya berlari tadi. Dia menjeling. Adi, semua pelajar perempuan dalam kelas tu dia care. Romeo kan.

"Sibuk lah kau, Macam lah pas keluar ke tandas ada satu. Ada dua kan?" Ucap Feya dalam nada menyampah.

"Memang lah ada satu lagi yg tinggal. Tapi, dina tu takut pergi sorang-sorang." Adi membela Dina. Feya buat muka menyampah.

"Dah lah, pergi duduk tempat kau balik, annoying betul." Adi hanya tersenyum melihat reaksi Feya.Olivia yang duduk sebelah Feya hanya memandang sekilas tanpa memberi sebarang reaksi kepada kejadian tersebut. Agaknya, dia malas nak melayan.

Apabila loceng rehat mula kedengaran, laju Feya keluar dari kelas. Dia mahu berjumpa Atia dan menceritakan tentang apa yang di jumpainya. Adi hanya memandang Feya keluar dari kelas.

"Atia!!!" Tersentak Atia yang sedang fokus buat words search dalam buku kegemarannya. Dah la Feya menjengokkan kepalanya dekat tingkap sliding tu.

"Weh makcik, nak bagi aku sakit jantung ke?! Ish budak nih.." Keluh  Atia, puas dia membetulkan nafasnya. Feya senyum kambing. Laju dia melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelah Atia. Tuan punya tempat dah pergi makan di kantin agaknya.

"Aku ada story gempak gila. Mesti kau excited nih. Hehe" Feya memulakan bicaranya. Atia hanya mengangguk. Dia masih lagi focus untuk mencari perkataan. Feya mencebik.

"Tia, respon lah apa yang aku cakap. Stop main word search tu kejap, huhu.." Feya mencebik, Atia menggeleng dan tersenyum. Feya, Feya.

"Ok then, hah, story ape yang gempak sangat tuh?" Feya mula tersenyum lebar apabila Atia memberi respon.

"Hah macam ni, tadi aku ponteng kelas kejap..hehe, shhh. As usual, keep that as a secret between us" Feya memulakan bicaranya dalam nada separuh berbisik. Atia gelak lalu mengangguk tanda faham.

"Haa, good. Pastu, time aku jalan-jalan tu, aku noticed ada satu dewan yang mcm abandoned. Usang, seram betul...." Feya siap buat mimik muka. Atia fokus je dengar Feya bercerita.

"Ok, so..Apa plan kau?" Soal Atia setelah Feya menghabiskan ceritanya. Feya angkat kening. Atia pun angkat kening.

"You know me well Tia, kau tau apa yang bermain dalam otak aku.hehe.." Kata Feya. Atia merenung sahabatnya itu. Lama.

"Jangan cakap, kau nak pergi siasat pasal dewan tu?" Atia meneka. Feya menepuk tangan.

"Bingo! that's how to settle up your curiosity!" Feya tersenyum-senyum. Atia mengeluh. Masalah akan tiba lagi lepas ni. Feya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kalau dia nak pergi siasat seorang diri, tidak mengapa. Ini, mesti Feya akan heret Atia sekali. Feya si pengecut. Atia harus memberitahu Zharif. Dia risau kalau ada apa-apa yang berlaku sebab, dia pun penakut juga.

"Kau bukan berani pun, and, jangan harap nak heret aku sekali. No way!" Atia memberi pesan awal-awal. Feya mencebik lepastu dia kedip-kedipkan matanya.

"Atia please...Kau je yang aku boleh harap..huhu. " Atia menjeling.

"Feya, kau ni macam tak kenal aku je. Aku ni penakut jugalah. Better kau ajak Adi, hah." Cadang Atia.

"That moron! errgh, malas aku." feya mula mencebik. Atia tersenyum.
"Don't worry babe, I know how to settle this. Kau tunggu je, ok?" Feya tersenyum lebar mendengar kata-kata Feya.


"Yeay! Love you, Tia!" Ucap Feya gembira. 

Piano Chapter 1

4 orang remaja mengatur langkah memasuki pagar Sekolah Tinggi Lucia, sebuah sekolah swasta. Bangunan sekolah tersebut yang bercirikan British menarik pandangan mereka. Cantik! Usai urusan pendaftaran mereka sebagai pelajar tingkatan 4 yang baru selesai, mereka berjalan beriringan ke kelas masing-masing.

"Yeah, new school, new dream! weee..." lafaz Nur Sofea, atau nama manjanya Feya. Manja lah sangat kan. Mohd Hadi atau nama brutalnya Adi, membuang pandangan menjengkelkan kepada Feya. Nak cari gaduh lagi lah nampaknya.

"Tak payah nak excited sangat, padahal time last day dekat sekolah lama beria nangis sampai bengkak mata. Cengeng!" Hambur Adi. Feya mencebik. Ada saja point Adi nak kenakan dia. Tidak usahlah ungkit perkara yang dah lepas. Spoil mood betul!

"Kau ni kenapa? Tak payah sibuk hal aku!" Balas Feya geram. Dia menarik tangan Nur Damia Atia atau Atia. Laju betul mereka berjalan sampai semput-semput si Atia tu. Sampai satu tempat, Atia memaksa Feya untuk berhenti.

"Ok Feya, wait. Kita tak sama kelas tau.Aku sama kelas dengan Zharif, kau dengan Adi. Hehe. So, kena berpisah kejap. Jangan nakal Feya." Sempat Atia berpesan. Dia tau mood Feya akan berubah serta merta kalau dengan Adi. Daripada mood tinker bell, terus bertukar jadi incredible hulk. Bahaya!. Feya mencebik. Dia memang tak suka betul kalau satu kelas dengan Adi. Anti! Serabut! Musuh utama! Hati dia menjerit. 'Tak mahu!' Tapi nak buat macam mana lagi. Huh, terima sajalah kenyataan.

Mereka berpisah. Zharif mengikut Atia. Feya pula terpaksa mengikut Adi. Adi mengetuk pintu kelas. Guru yang mengajar, tersenyum melihat mereka berdua.

"Masuk." Arah guru tersebut dengan senyuman. Sebelum masuk, mereka berdua tengok dulu papan tanda kelas. Sama tak seperti yang di beri di pejabat tadi. Salah kelas, dapat malu. Setelah memastikannya. Mereka berdua masuk. Itu pun, berlaku adegan aksi tolak menolak antara Feya dan Adi. Macam-macam. Guru tadi hanya tersenyum melihat mereka.

"Ok semua, harini korang ada kawan baru. Boleh perkenalkan diri? " Guru tersebut memandang Feya dan Adi. Feya senyum-senyum malu. Adi menjeling.

" Ok, hai! Saya Mohd Hadi. Panggil Adi je. hehe" Adi perkenalkan diri. Selepas itu, dia siku tangan Feya. Feya menjegilkan mata.

"Emm, saya Feya. Hai.." Feya memperkenalkan diri acuh tak acuh sahaja. Guru tersebut hanya tersenyum lalu dia menyuruh mereka berdua duduk di tempat yang kosong.

Seperti biasa, Adi mendapat perhatian kerana dia mempunyai wajah yang boleh dikatakan kacak. Good looking. Tambahan pula, Adi memang suka melayan dan control macho. Itulah yang membuatkan Feya jengkel dengan Adi. Gedik katanya.

Usai, kelas habis. Semua pelajar bersiap-sedia untuk waktu rehat. Feya termenung. Dia masih tak dapat kawan perempuan lagi. Perempuan yang duduk sebelah dia tadi senyap sahaja dan asyik menundukkan pandangan. Nama pun dia tak sempat tanya.

"Sofea! Feya!" Suara lembut memanggilnya. Atia! Atia tersengih di balik pintu belakang kelas.Feya berjalan kearahnya.

"Tia....." Feya memanggilnya lemah. Nak mengadu lah tu. Atia dah masak dengan perangai Feya nih.

"Eh, kenapa? kelas tak ok ke?" Feya menggeleng apabila ditanya begitu. Atia dah dapat mengagak. Feya ni, memang susah nak sesuaikan diri dengan tempat baru. Padahal dia yang paling excited tadi.

"Ok2, nanti cerita.But now, can we find something to eat? I've been starving since this morning la. 
Huhu.." Luah Atia. Feya mengangguk setuju. Dia pun lapar. Dari pagi lagi mereka tak menjamah apa-apa. Kelam kabut sangat.

"Feya, takkanlah kau tak dapat kawan dalam kelas tu? " Tanya Atia. Feya menghirup kuah Bihun sup nya. Lepastu dia geleng.

"Aku duduk sebelah budak perempuan nih. Dia tak layan aku pun. Macam aku ni tak wujud. Huhu sedih betul" Atia tergelak mendengarnya. Padahal Feya memang jenis tak reti nak mulakan perbualan dengan orang baru.

"Lama-lama nanti ok lah tu. Mood masih baru maybe.How's about Adi? " Feya mencebik dengar nama Adi.

"He's too annoying lah. Control macho. Ceit. Well, dia kan senang nak adapt dengan situation baru. So, ramailah kawan dia. Perempuan pulak tuh. Ish, getik aku tengok." Luah Feya. Atia gelak.

"Jealous?" Soal Atia sinis.

"No way! And no reason! ok stop it, lapar dan nak makan. " Atia hanya tersengih mendengar jawapan Feya.Dia memang suka megusik Feya begitu. Hobi.

"Ehh, look! tu pun Adi dengan Zharif." Feya membuang pandangan ke arah yang ditunjukkan Atia. Adi dengan Zharif sedang sibuk menikmati makanan mereka. Feya mengalih pandangan.

"Biar lah dia, kau dengan Zharif ok je kan?" Soal Feya. Atia senyum. Dia memang ok dengan Zharif. Takdelah sampai bergaduh macam mereka berdua tu. Cuma Atia memang susah nak bercakap dengan Zharif. Malu.

Bunyi loceng kedengaran, menandakan waktu rehat sudah habis. Feya dan Atia bergegas ke kelas masing-masing. Disebabkan Feya terlalu gelabah, dia tidak sengaja bertembung dengan budak perempuan yang bersebelahan dengan dia dalam kelas.

"Ehh, sorry. Saya tak sengaja" Ucap Feya. Budak perempuan tersebut hanya memberikan jelingan tajam kepada Feya. Feya tersentak. 'Aku minta maaf pun salah ke?' dia bermonolog dalam hati. Selepas itu, perempuan tersebut terus berlalu ke tempat duduknya.Tanpa membalas ucapan maafnya.

"Pelik." Ucap Feya. Dia berdiri dekat luar pintu kelas sebab nak tunggu Atia. Mereka dah janji nak pergi beli buku.

"Woi, buat ape?" Tegur Adi. Feya menjeling.

"Sibuk je, ada masalah ke?" Feya membalas dengan nada jengkel. Biasalah, kalau dah tak suka tu. Orang bagi buah strawberry pun, dia campak durian kat muka.

"Boleh tak? Sekali je, aku tanye elok-elok.Balas la elok-elok. Taulah kau tak suka aku sebab aku terlebih macho kan?" Kata Adi sambil mengusap rambut nya ala-ala mat romeo.

"Erkk, mula dah tu. Aku tunggu Tia, nak beli buku. Dah ar. Chou!" Laju langkah Feya meninggalkan Adi. Malas berdiri lama-lama di situ.Getik dia nak melayan perangai Adi yang entah apa-apa tu. Adi hanya tersenyum lalu melangkah ke dalam kelas. Suka betul dia mengusik Feya.