Persekolahan bermula seperti biasa.
Feya mula membuka buku rujukan biology sebelum kelas bermula.Walaupun dia ni
jenis nakal, kasar dan sebagainya. Tapi dia memang suka belajar. Itu adalah
satu sebab kenapa dia teringin nak masuk sekolah tinggi Lucia. Sekolah itu
menyediakan kemudahan yang amat kondusif untuk pembelajaran. Tambah-tambah lagi
bagi aliran sains tulen yang diminatinya. Makmal-makmal di sekolah tersebut
begitu lengkap dengan pelbagai jenis aparatus-aparatus yang berkaitan sains.
Guru-guru yang mengajar aliran sains pula amat mudah didekati dan
pelajar-pelajar memang senang memahami apa yang disampaikan. Bak kata Feya
'Superb babe!'
Sesekali Feya merenung gadis
disebelahnya. Dari hari pertama lagi dia keliru dengan minah tu. Tak bercakap!
Feya buat sangkaan yang dia tu bisu. Ye lah, mana kita tau.
"Ehemm, emm. Awak faham tak
pasal lymphatic system. Saya keliru sikit lah.." Feya buat-buat tanya
soalan. Mungkin kawan sebelah meja dia sudi nak keluarkan suara. Gadis tu
merenung. Selepas itu, dia angkat bahu. Feya mencebik. Ceh, tak menjadi jugak
taktik dia. Dia sempat merenung ke arah buku tulis gadis itu. Nak tau nama
penuh. Dia tau nama pendek gadis itu je. Olivia. Macam nama minah indon dalam
sinetron. Tapi, Olivia cepat-cepat sorok buku tulisnya bila dia sedar perbuatan
Feya. Feya mencebik lagi. Perahsia betul minah tu.
"Guys, Miss Nisa MC hari nih,
so enjoy ar!" Laung ketua kelasnya. Yang paling kuat bersorak, Adi.Dia
pandang sinis. Mamat tu, Second week dekat situ dah ada fanclub. Memang tak
boleh bla lansung. Tak logik. Adi perasan pandangan sinis Feya. Dia berjalan ke
tempat Feya.
"Feya, rehat ni treat aku eh?
Forgot to bring my cash lah.." Adi membodek.
"Kau pehal nak suruh belanja2.
Ingat duit papa aku untuk kau?!" Balas Feya geram. Adi sengih.
"Alaa Feya....Please..Takkan
kau tak kesiankan childhood friend kau nih..." Adi kedip-kedipkan mata.
Feya pelik. Sejak bila lah si Adi ni pandai bodek-bodek dia. Selalu ada je
point nak ajak gaduh. Tapi kali ini, makin mengada. Mungkin ini semua pengaruh
negatif rakan sebaya. Beware adik-adik di luar sana. Kuatkan hati. Jangan
terpedaya dan mudah terpengaruh.
"Boleh tak jangan nak kedip-kedipkan
mata camtu.Geli kot aku tengok. GELI!" Marah Feya. Adi tersenyum
memandangnya. Feya bangun.
"Ehh, wehh, nak pergi mana
tu?" Soal Adi.
"Bukan hal kau!" Balas
Feya. Lalu menyarungkan pas keluar tandasnya. Baik dia bla sebelum macam-macam
aksi yang berlaku.
Disebabkan masa pembejaran subjek
biology masih berbaki 1 jam 45 minit. Dia bercadang nak merayau sekeliling
sekolah. Budak nakal memang camtu perangainya. Dia dah lama teringin nak pusing
satu sekolah, tapi takde masa dan takde geng nak di ajak. Jadi inilah
peluangnya.
Satu-satu tempat dia pergi. Library,
kantin memang dia tahu,Theather hall, main hall dan sebagainya.
Setelah dia
berpuas hati. Dia bergerak ke bangunan belakang sekolah. Sedang asyik berjalan
dia terperasan satu dewan yang macam ditinggalkan. Agak usang. Tapi saiznya
amat besar.
Sedang dia mendekati dewan tu,
tiba-tiba dia rasa seperti ada seseorang tarik kainnya. Dia menjerit kecil.
Cuak kot. Dah lah dewan tu usang dan menyeramkan.Tegak bulu roma nya.Dia
pandang belakang, tapi takde orang. Lagi lah dia seram. Dia cuba berjalan, tapi
tetap tak boleh. Dia pandang kebawah. Rupa-rupanya kainnya tersangkut dekat
tunggul kayu. Memang tak kelakar. Nasib baik dia tak menjerit kuat.
Itulah effect banyak sangat tengok
cerita horror. Asyik-asyik berilunasi. Mengarut. tambahan pula, dia memang
minat cerita-cerita yang berunsur misteri ni. Dari kecil lagi dia minat koleksi
filem Harry Potter. Novel-novel pun dia ada dekat rumah. Dia jugak pernah
berangan jadi Hermione Granger. Siap buat ranting kayu jadi 'magic wand'
lepastu dia ketuk kepala Adi guna ranting kayu tersebut. Kononnya nak sangat
sumpah Adi jadi katak yang hodoh. Maklumlah, dia geram sangat sebab Adi suka
sangat mengusiknya. Itu waktu mereka masih kecil.
Walau bagaimana pun, dia tetap
nak menyiasat tentang dewan tersebut. Dia mesti memberitahu Atia. Tapi, baik
dia pulang ke kelas dulu. Melampau pulak pergi ke tandas hampir 1 jam.
"Woi, kau buat ape lama-lama
sangat pergi toilet? kesian Dina tu, dia nak guna pas.." Soal Adi pada
Feya yang tengah termengah-mengah tu. Feya berlari tadi. Dia menjeling. Adi,
semua pelajar perempuan dalam kelas tu dia care. Romeo kan.
"Sibuk lah kau, Macam lah pas
keluar ke tandas ada satu. Ada dua kan?" Ucap Feya dalam nada menyampah.
"Memang lah ada satu lagi yg
tinggal. Tapi, dina tu takut pergi sorang-sorang." Adi membela Dina. Feya
buat muka menyampah.
"Dah lah, pergi duduk tempat
kau balik, annoying betul." Adi hanya tersenyum melihat reaksi Feya.Olivia
yang duduk sebelah Feya hanya memandang sekilas tanpa memberi sebarang reaksi
kepada kejadian tersebut. Agaknya, dia malas nak melayan.
Apabila loceng rehat mula
kedengaran, laju Feya keluar dari kelas. Dia mahu berjumpa Atia dan
menceritakan tentang apa yang di jumpainya. Adi hanya memandang Feya keluar
dari kelas.
"Atia!!!" Tersentak Atia
yang sedang fokus buat words search dalam buku kegemarannya. Dah la Feya
menjengokkan kepalanya dekat tingkap sliding tu.
"Weh makcik, nak bagi aku sakit
jantung ke?! Ish budak nih.." Keluh
Atia, puas dia membetulkan nafasnya. Feya senyum kambing. Laju dia
melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelah Atia. Tuan punya tempat dah
pergi makan di kantin agaknya.
"Aku ada story gempak gila.
Mesti kau excited nih. Hehe" Feya memulakan bicaranya. Atia hanya
mengangguk. Dia masih lagi focus untuk mencari perkataan. Feya mencebik.
"Tia, respon lah apa yang aku
cakap. Stop main word search tu kejap, huhu.." Feya mencebik, Atia
menggeleng dan tersenyum. Feya, Feya.
"Ok then, hah, story ape yang
gempak sangat tuh?" Feya mula tersenyum lebar apabila Atia memberi respon.
"Hah macam ni, tadi aku ponteng
kelas kejap..hehe, shhh. As usual, keep that as a secret between us" Feya
memulakan bicaranya dalam nada separuh berbisik. Atia gelak lalu mengangguk tanda
faham.
"Haa, good. Pastu, time aku
jalan-jalan tu, aku noticed ada satu dewan yang mcm abandoned. Usang, seram
betul...." Feya siap buat mimik muka. Atia fokus je dengar Feya bercerita.
"Ok, so..Apa plan kau?"
Soal Atia setelah Feya menghabiskan ceritanya. Feya angkat kening. Atia pun
angkat kening.
"You know me well Tia, kau tau
apa yang bermain dalam otak aku.hehe.." Kata Feya. Atia merenung
sahabatnya itu. Lama.
"Jangan cakap, kau nak pergi
siasat pasal dewan tu?" Atia meneka. Feya menepuk tangan.
"Bingo! that's how to settle up your curiosity!" Feya tersenyum-senyum. Atia mengeluh. Masalah akan tiba
lagi lepas ni. Feya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kalau dia nak pergi
siasat seorang diri, tidak mengapa. Ini, mesti Feya akan heret Atia sekali.
Feya si pengecut. Atia harus memberitahu Zharif. Dia risau kalau ada apa-apa
yang berlaku sebab, dia pun penakut juga.
"Kau bukan berani pun, and,
jangan harap nak heret aku sekali. No way!" Atia memberi pesan awal-awal.
Feya mencebik lepastu dia kedip-kedipkan matanya.
"Atia please...Kau je yang aku
boleh harap..huhu. " Atia menjeling.
"Feya, kau ni macam tak kenal
aku je. Aku ni penakut jugalah. Better kau ajak Adi, hah." Cadang Atia.
"That moron! errgh, malas
aku." feya mula mencebik. Atia tersenyum.
"Don't worry babe, I know how
to settle this. Kau tunggu je, ok?" Feya tersenyum lebar mendengar
kata-kata Feya.
"Yeay! Love you, Tia!"
Ucap Feya gembira.
No comments:
Post a Comment