Pink Bobblehead Bunny
Blogger Tips and Tricks

Friday 6 November 2015

Piano Chapter 2

Persekolahan bermula seperti biasa. Feya mula membuka buku rujukan biology sebelum kelas bermula.Walaupun dia ni jenis nakal, kasar dan sebagainya. Tapi dia memang suka belajar. Itu adalah satu sebab kenapa dia teringin nak masuk sekolah tinggi Lucia. Sekolah itu menyediakan kemudahan yang amat kondusif untuk pembelajaran. Tambah-tambah lagi bagi aliran sains tulen yang diminatinya. Makmal-makmal di sekolah tersebut begitu lengkap dengan pelbagai jenis aparatus-aparatus yang berkaitan sains. Guru-guru yang mengajar aliran sains pula amat mudah didekati dan pelajar-pelajar memang senang memahami apa yang disampaikan. Bak kata Feya 'Superb babe!'

Sesekali Feya merenung gadis disebelahnya. Dari hari pertama lagi dia keliru dengan minah tu. Tak bercakap! Feya buat sangkaan yang dia tu bisu. Ye lah, mana kita tau.

"Ehemm, emm. Awak faham tak pasal lymphatic system. Saya keliru sikit lah.." Feya buat-buat tanya soalan. Mungkin kawan sebelah meja dia sudi nak keluarkan suara. Gadis tu merenung. Selepas itu, dia angkat bahu. Feya mencebik. Ceh, tak menjadi jugak taktik dia. Dia sempat merenung ke arah buku tulis gadis itu. Nak tau nama penuh. Dia tau nama pendek gadis itu je. Olivia. Macam nama minah indon dalam sinetron. Tapi, Olivia cepat-cepat sorok buku tulisnya bila dia sedar perbuatan Feya. Feya mencebik lagi. Perahsia betul minah tu.

"Guys, Miss Nisa MC hari nih, so enjoy ar!" Laung ketua kelasnya. Yang paling kuat bersorak, Adi.Dia pandang sinis. Mamat tu, Second week dekat situ dah ada fanclub. Memang tak boleh bla lansung. Tak logik. Adi perasan pandangan sinis Feya. Dia berjalan ke tempat Feya.

"Feya, rehat ni treat aku eh? Forgot to bring my cash lah.." Adi membodek.

"Kau pehal nak suruh belanja2. Ingat duit papa aku untuk kau?!" Balas Feya geram. Adi sengih.

"Alaa Feya....Please..Takkan kau tak kesiankan childhood friend kau nih..." Adi kedip-kedipkan mata. Feya pelik. Sejak bila lah si Adi ni pandai bodek-bodek dia. Selalu ada je point nak ajak gaduh. Tapi kali ini, makin mengada. Mungkin ini semua pengaruh negatif rakan sebaya. Beware adik-adik di luar sana. Kuatkan hati. Jangan terpedaya dan mudah terpengaruh.

"Boleh tak jangan nak kedip-kedipkan mata camtu.Geli kot aku tengok. GELI!" Marah Feya. Adi tersenyum memandangnya. Feya bangun.

"Ehh, wehh, nak pergi mana tu?" Soal Adi.

"Bukan hal kau!" Balas Feya. Lalu menyarungkan pas keluar tandasnya. Baik dia bla sebelum macam-macam aksi yang berlaku.

Disebabkan masa pembejaran subjek biology masih berbaki 1 jam 45 minit. Dia bercadang nak merayau sekeliling sekolah. Budak nakal memang camtu perangainya. Dia dah lama teringin nak pusing satu sekolah, tapi takde masa dan takde geng nak di ajak. Jadi inilah peluangnya.
Satu-satu tempat dia pergi. Library, kantin memang dia tahu,Theather hall, main hall dan sebagainya.

Setelah dia berpuas hati. Dia bergerak ke bangunan belakang sekolah. Sedang asyik berjalan dia terperasan satu dewan yang macam ditinggalkan. Agak usang. Tapi saiznya amat besar.
Sedang dia mendekati dewan tu, tiba-tiba dia rasa seperti ada seseorang tarik kainnya. Dia menjerit kecil. Cuak kot. Dah lah dewan tu usang dan menyeramkan.Tegak bulu roma nya.Dia pandang belakang, tapi takde orang. Lagi lah dia seram. Dia cuba berjalan, tapi tetap tak boleh. Dia pandang kebawah. Rupa-rupanya kainnya tersangkut dekat tunggul kayu. Memang tak kelakar. Nasib baik dia tak menjerit kuat.

Itulah effect banyak sangat tengok cerita horror. Asyik-asyik berilunasi. Mengarut. tambahan pula, dia memang minat cerita-cerita yang berunsur misteri ni. Dari kecil lagi dia minat koleksi filem Harry Potter. Novel-novel pun dia ada dekat rumah. Dia jugak pernah berangan jadi Hermione Granger. Siap buat ranting kayu jadi 'magic wand' lepastu dia ketuk kepala Adi guna ranting kayu tersebut. Kononnya nak sangat sumpah Adi jadi katak yang hodoh. Maklumlah, dia geram sangat sebab Adi suka sangat mengusiknya. Itu waktu mereka masih kecil.

Walau bagaimana pun, dia tetap nak menyiasat tentang dewan tersebut. Dia mesti memberitahu Atia. Tapi, baik dia pulang ke kelas dulu. Melampau pulak pergi ke tandas hampir 1 jam.

"Woi, kau buat ape lama-lama sangat pergi toilet? kesian Dina tu, dia nak guna pas.." Soal Adi pada Feya yang tengah termengah-mengah tu. Feya berlari tadi. Dia menjeling. Adi, semua pelajar perempuan dalam kelas tu dia care. Romeo kan.

"Sibuk lah kau, Macam lah pas keluar ke tandas ada satu. Ada dua kan?" Ucap Feya dalam nada menyampah.

"Memang lah ada satu lagi yg tinggal. Tapi, dina tu takut pergi sorang-sorang." Adi membela Dina. Feya buat muka menyampah.

"Dah lah, pergi duduk tempat kau balik, annoying betul." Adi hanya tersenyum melihat reaksi Feya.Olivia yang duduk sebelah Feya hanya memandang sekilas tanpa memberi sebarang reaksi kepada kejadian tersebut. Agaknya, dia malas nak melayan.

Apabila loceng rehat mula kedengaran, laju Feya keluar dari kelas. Dia mahu berjumpa Atia dan menceritakan tentang apa yang di jumpainya. Adi hanya memandang Feya keluar dari kelas.

"Atia!!!" Tersentak Atia yang sedang fokus buat words search dalam buku kegemarannya. Dah la Feya menjengokkan kepalanya dekat tingkap sliding tu.

"Weh makcik, nak bagi aku sakit jantung ke?! Ish budak nih.." Keluh  Atia, puas dia membetulkan nafasnya. Feya senyum kambing. Laju dia melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelah Atia. Tuan punya tempat dah pergi makan di kantin agaknya.

"Aku ada story gempak gila. Mesti kau excited nih. Hehe" Feya memulakan bicaranya. Atia hanya mengangguk. Dia masih lagi focus untuk mencari perkataan. Feya mencebik.

"Tia, respon lah apa yang aku cakap. Stop main word search tu kejap, huhu.." Feya mencebik, Atia menggeleng dan tersenyum. Feya, Feya.

"Ok then, hah, story ape yang gempak sangat tuh?" Feya mula tersenyum lebar apabila Atia memberi respon.

"Hah macam ni, tadi aku ponteng kelas kejap..hehe, shhh. As usual, keep that as a secret between us" Feya memulakan bicaranya dalam nada separuh berbisik. Atia gelak lalu mengangguk tanda faham.

"Haa, good. Pastu, time aku jalan-jalan tu, aku noticed ada satu dewan yang mcm abandoned. Usang, seram betul...." Feya siap buat mimik muka. Atia fokus je dengar Feya bercerita.

"Ok, so..Apa plan kau?" Soal Atia setelah Feya menghabiskan ceritanya. Feya angkat kening. Atia pun angkat kening.

"You know me well Tia, kau tau apa yang bermain dalam otak aku.hehe.." Kata Feya. Atia merenung sahabatnya itu. Lama.

"Jangan cakap, kau nak pergi siasat pasal dewan tu?" Atia meneka. Feya menepuk tangan.

"Bingo! that's how to settle up your curiosity!" Feya tersenyum-senyum. Atia mengeluh. Masalah akan tiba lagi lepas ni. Feya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kalau dia nak pergi siasat seorang diri, tidak mengapa. Ini, mesti Feya akan heret Atia sekali. Feya si pengecut. Atia harus memberitahu Zharif. Dia risau kalau ada apa-apa yang berlaku sebab, dia pun penakut juga.

"Kau bukan berani pun, and, jangan harap nak heret aku sekali. No way!" Atia memberi pesan awal-awal. Feya mencebik lepastu dia kedip-kedipkan matanya.

"Atia please...Kau je yang aku boleh harap..huhu. " Atia menjeling.

"Feya, kau ni macam tak kenal aku je. Aku ni penakut jugalah. Better kau ajak Adi, hah." Cadang Atia.

"That moron! errgh, malas aku." feya mula mencebik. Atia tersenyum.
"Don't worry babe, I know how to settle this. Kau tunggu je, ok?" Feya tersenyum lebar mendengar kata-kata Feya.


"Yeay! Love you, Tia!" Ucap Feya gembira. 

Piano Chapter 1

4 orang remaja mengatur langkah memasuki pagar Sekolah Tinggi Lucia, sebuah sekolah swasta. Bangunan sekolah tersebut yang bercirikan British menarik pandangan mereka. Cantik! Usai urusan pendaftaran mereka sebagai pelajar tingkatan 4 yang baru selesai, mereka berjalan beriringan ke kelas masing-masing.

"Yeah, new school, new dream! weee..." lafaz Nur Sofea, atau nama manjanya Feya. Manja lah sangat kan. Mohd Hadi atau nama brutalnya Adi, membuang pandangan menjengkelkan kepada Feya. Nak cari gaduh lagi lah nampaknya.

"Tak payah nak excited sangat, padahal time last day dekat sekolah lama beria nangis sampai bengkak mata. Cengeng!" Hambur Adi. Feya mencebik. Ada saja point Adi nak kenakan dia. Tidak usahlah ungkit perkara yang dah lepas. Spoil mood betul!

"Kau ni kenapa? Tak payah sibuk hal aku!" Balas Feya geram. Dia menarik tangan Nur Damia Atia atau Atia. Laju betul mereka berjalan sampai semput-semput si Atia tu. Sampai satu tempat, Atia memaksa Feya untuk berhenti.

"Ok Feya, wait. Kita tak sama kelas tau.Aku sama kelas dengan Zharif, kau dengan Adi. Hehe. So, kena berpisah kejap. Jangan nakal Feya." Sempat Atia berpesan. Dia tau mood Feya akan berubah serta merta kalau dengan Adi. Daripada mood tinker bell, terus bertukar jadi incredible hulk. Bahaya!. Feya mencebik. Dia memang tak suka betul kalau satu kelas dengan Adi. Anti! Serabut! Musuh utama! Hati dia menjerit. 'Tak mahu!' Tapi nak buat macam mana lagi. Huh, terima sajalah kenyataan.

Mereka berpisah. Zharif mengikut Atia. Feya pula terpaksa mengikut Adi. Adi mengetuk pintu kelas. Guru yang mengajar, tersenyum melihat mereka berdua.

"Masuk." Arah guru tersebut dengan senyuman. Sebelum masuk, mereka berdua tengok dulu papan tanda kelas. Sama tak seperti yang di beri di pejabat tadi. Salah kelas, dapat malu. Setelah memastikannya. Mereka berdua masuk. Itu pun, berlaku adegan aksi tolak menolak antara Feya dan Adi. Macam-macam. Guru tadi hanya tersenyum melihat mereka.

"Ok semua, harini korang ada kawan baru. Boleh perkenalkan diri? " Guru tersebut memandang Feya dan Adi. Feya senyum-senyum malu. Adi menjeling.

" Ok, hai! Saya Mohd Hadi. Panggil Adi je. hehe" Adi perkenalkan diri. Selepas itu, dia siku tangan Feya. Feya menjegilkan mata.

"Emm, saya Feya. Hai.." Feya memperkenalkan diri acuh tak acuh sahaja. Guru tersebut hanya tersenyum lalu dia menyuruh mereka berdua duduk di tempat yang kosong.

Seperti biasa, Adi mendapat perhatian kerana dia mempunyai wajah yang boleh dikatakan kacak. Good looking. Tambahan pula, Adi memang suka melayan dan control macho. Itulah yang membuatkan Feya jengkel dengan Adi. Gedik katanya.

Usai, kelas habis. Semua pelajar bersiap-sedia untuk waktu rehat. Feya termenung. Dia masih tak dapat kawan perempuan lagi. Perempuan yang duduk sebelah dia tadi senyap sahaja dan asyik menundukkan pandangan. Nama pun dia tak sempat tanya.

"Sofea! Feya!" Suara lembut memanggilnya. Atia! Atia tersengih di balik pintu belakang kelas.Feya berjalan kearahnya.

"Tia....." Feya memanggilnya lemah. Nak mengadu lah tu. Atia dah masak dengan perangai Feya nih.

"Eh, kenapa? kelas tak ok ke?" Feya menggeleng apabila ditanya begitu. Atia dah dapat mengagak. Feya ni, memang susah nak sesuaikan diri dengan tempat baru. Padahal dia yang paling excited tadi.

"Ok2, nanti cerita.But now, can we find something to eat? I've been starving since this morning la. 
Huhu.." Luah Atia. Feya mengangguk setuju. Dia pun lapar. Dari pagi lagi mereka tak menjamah apa-apa. Kelam kabut sangat.

"Feya, takkanlah kau tak dapat kawan dalam kelas tu? " Tanya Atia. Feya menghirup kuah Bihun sup nya. Lepastu dia geleng.

"Aku duduk sebelah budak perempuan nih. Dia tak layan aku pun. Macam aku ni tak wujud. Huhu sedih betul" Atia tergelak mendengarnya. Padahal Feya memang jenis tak reti nak mulakan perbualan dengan orang baru.

"Lama-lama nanti ok lah tu. Mood masih baru maybe.How's about Adi? " Feya mencebik dengar nama Adi.

"He's too annoying lah. Control macho. Ceit. Well, dia kan senang nak adapt dengan situation baru. So, ramailah kawan dia. Perempuan pulak tuh. Ish, getik aku tengok." Luah Feya. Atia gelak.

"Jealous?" Soal Atia sinis.

"No way! And no reason! ok stop it, lapar dan nak makan. " Atia hanya tersengih mendengar jawapan Feya.Dia memang suka megusik Feya begitu. Hobi.

"Ehh, look! tu pun Adi dengan Zharif." Feya membuang pandangan ke arah yang ditunjukkan Atia. Adi dengan Zharif sedang sibuk menikmati makanan mereka. Feya mengalih pandangan.

"Biar lah dia, kau dengan Zharif ok je kan?" Soal Feya. Atia senyum. Dia memang ok dengan Zharif. Takdelah sampai bergaduh macam mereka berdua tu. Cuma Atia memang susah nak bercakap dengan Zharif. Malu.

Bunyi loceng kedengaran, menandakan waktu rehat sudah habis. Feya dan Atia bergegas ke kelas masing-masing. Disebabkan Feya terlalu gelabah, dia tidak sengaja bertembung dengan budak perempuan yang bersebelahan dengan dia dalam kelas.

"Ehh, sorry. Saya tak sengaja" Ucap Feya. Budak perempuan tersebut hanya memberikan jelingan tajam kepada Feya. Feya tersentak. 'Aku minta maaf pun salah ke?' dia bermonolog dalam hati. Selepas itu, perempuan tersebut terus berlalu ke tempat duduknya.Tanpa membalas ucapan maafnya.

"Pelik." Ucap Feya. Dia berdiri dekat luar pintu kelas sebab nak tunggu Atia. Mereka dah janji nak pergi beli buku.

"Woi, buat ape?" Tegur Adi. Feya menjeling.

"Sibuk je, ada masalah ke?" Feya membalas dengan nada jengkel. Biasalah, kalau dah tak suka tu. Orang bagi buah strawberry pun, dia campak durian kat muka.

"Boleh tak? Sekali je, aku tanye elok-elok.Balas la elok-elok. Taulah kau tak suka aku sebab aku terlebih macho kan?" Kata Adi sambil mengusap rambut nya ala-ala mat romeo.

"Erkk, mula dah tu. Aku tunggu Tia, nak beli buku. Dah ar. Chou!" Laju langkah Feya meninggalkan Adi. Malas berdiri lama-lama di situ.Getik dia nak melayan perangai Adi yang entah apa-apa tu. Adi hanya tersenyum lalu melangkah ke dalam kelas. Suka betul dia mengusik Feya.

Monday 27 April 2015

COMIC STRIP

Hye readers! Okay regarding entry 'Hari cinta sedunia' tuh..I have a comic strip for that, just sharing. Hihi..bacalah, jika anda rajin..























































Seems tergantung..Sebab, I don't know what will happen next >.<
  



So now....






THE END..... ^_^

Tuesday 31 March 2015

Hari Cinta Sedunia.....

Holla, ehh, wujud pulak hari macam nih? Well, takde pun sebenarnya, suka-suka hati aku jer.Terribly sorry.By the way, it is our right to decorate our own day! yeay! So, apa kaitan dengan cinta? Actually, sesaje nak share about my own experience about love..Note: sesiapa yg rasa sensitif pasal isu ni, sila click 'x' yea..Haha.




Dulu waktu darjah 1, aku dah start ada perasaan suka dekat kaum Adam.Isk..isk..Maybe sebab kuat berangan kot. =.='' Fitrah kan, perempuan tertarik kepada different gender? Tak dinafikan, but rasa mende tu berlaku terlalu awal.I thought that, that thing happen for a while. Tettt...Boleh pulak aku simpan perasaan sampai almost 10 years!! perghh.*Clap2* Aku buat keputusan tak nak confess perasaan aku tuh dekat hamba Allah tuh(Mr.A), takut kene reject! haha..Pendam je mampu.Reason why I love him? sebab dia buat perubahan TERBESAR dalam hidup aku, daripada seorang girl yg tak pakai tudung, tak kisah pasal agama kepada aku yg boleh lah baik sekarang nih. Memang, kita kene berubah sebab Allah. Allah yg bagi petunjuk untuk kita berubah, mula2 memang aku berubah sebab dia, but lama2 dah mula ikhlas nak berubah sebab Allah..Alhamdulillah ^_^

Apa rasanye bila pendam perasaan? Sakit. Memang akan rasa sakit sangat2. Macam2 perasaan ada waktu tuh, rindu, jealous. Hah, Jealous. Talking about that, ada seorang sahabat aku nih, minat dekat Mr.A yg aku suka tuh, tapi, dia pun tak tau aku suka Mr.A tuh. Beria dia tanya aku pasal Mr.A sebab ye lah satu sekolah dulu, aku pun layan jer. Satu hari dia tanye aku "Erm, agak2 kitorang ada jodoh tak? hihi" zupppp..sentap jap, then, aku jawab. "In Shaa Allah..." haha.Cover~


Memang teruk ar penangan dia, bila terjumpa je, terus ketar.Speechless, then menyorok tak nak bagi dia nampak aku. Tah pape jer. Yang mak aku pun suka kenakan aku.Ye lah, beliau dah berjaya membaca diari aku yg penuh dengan story pasal Mr.A. Haha, ayat my mum "tak sangka ank mak dah besar..." pastu beria dia gelak dekat aku. Aku punyalah blush waktu tuh 〒_〒. kejadian tersebut berlaku waktu form 2. Brrr~~ Then, perkara tersebut berterusan berlaku. Kadang2 aku menangis sebab rindu.-_-|| heh. Kadang2 aku elak dari bertembung dengan dia, sebab nnti aku akan rasa macam kene electric shock. Tak tentu arah..Teruk sungguh. Dushh! Tumbuk diri sendiri. Sampai satu masa, aku tekad nak lupakan dia.Penat mengharap pada perkara yg tak pasti.Hari2 sakitkan hari sendiri.So, aku buat perjanjian pada diri sendiri.Lupakan Mr,A! On my 18th birthday, aku dah tak de perasaan terhadap dia. Ok. Ingat senang? Cakap memang boleh..Tapi, nk buat perkara tu, susah. Aku struggle. Doa banyak2. Mengadu dekat Allah sampai nangis2, sebab aku tak nak ada perasaan dekat kaum adam yg bukan akn jadi jodoh aku nnti. Buang masa! Abdikan diri demi cinta manusia. At last, bukan kau dapat dia pun. Beria-ria kau nangis sebab rindukan dia. Ada dia kisah? Macam dia rindukan kau jugak waktu tuh..So, aku cuba dekatkan diri dengan Pencipta. Allah lebih sayang hambaNya. Walaupun aku tau, Mr.A tu lagi dekat dengan Allah. Baik, soleh. So, aku pun nak berubah jugak. ^_^





Dari form 1 sampai Form 3, aku sangat jaga ikhtilat aku. Boleh kira ar dengan jari berapa kali aku berconversation dengan the boys. Nak chat dengan mereka pun takut.Last two year, in form 4. It was a nightmare to me. It had changed myself. Kene gossip.Dush! Just bayangkan, angkara gossip tuh aku diganggu oleh ramai lelaki di sekeliling aku.╭∩╮  Benteng ikhtilat yang aku beria jaga tuh pon, dah start goyah.Aku tak nak salahkan hamba Allah yg wujudkan gossip ngan aku tuh.Tapi entahlah, form 4 aku masuk kelas first as result PMR aku excellent.Aku memang pendiam, tak banyak cakap. So, aku dapat rasakan tu adalah antara faktor kene gossip dengan budak paling pandai dalam batch and yet he's very naughty ya ampun. Sabar je lah. Agak susah nak belajar. Yup, even aku cuba ignore tapi still ganggu pemikiran aku. Alhamdulillah aku ada sahabat yg tolong kuatkan aku. Macam2 kene dengan mamat tuh. Gurau katanya. Okay fine. Tapi rasa macam diperbodohkan ar. Well, from that aku dah mula tak percaya lelaki.-.- Sebab bagi aku diorang penuh dengan kepura-puraan.Ceh, bagi bunga. Saying "I love you" tu semua dah jadi biasa. For me, yg memang tak pernah rasa dicintai pun, rasa lain.Of course! sebab FIRST TIME! and first time tu lah aku dapat perasaan yang palsu! Thanks a lot!! and, aku agak jadi tumpuan. Ingat aku suka? no...Aku jenis tak reti nk start conversation ngan any guys. But, once they start, I'll reply..Tu jenis aku..Err, tak suka. I thought, semua yg berlaku, I mean all the ridiculous gossip will stop by the end of form 4. But, no! He still the same. Memang tak boleh fokus. Aku tak pandai kawal perasaan aku. Mungkin sebab dah meningkat remaja. Memang down terus. Study tak fokus. Congrats dude! huh..But sokay ar, aku dah redha dgn segalanya. Nama pun ujian kan. Takpe, Allah ada lagi. Hanya Dia yg sayang and faham aku.  
When masuk kyf, the same thing happen. Aku lalui bende yg sama. Sebijik macam apa yg budak bijak tu buat for the past two years ago. Tapi kan, aku relax jer. Tak tersentuh lansung..Wow? mungkin sebab aku dah kene. So, pengalaman yg lalu lebih mematangkan aku. Alhamdulillah ^^.Tu lah namanya hikmah. Ada hikmah kenape Allah tetapkan semua perkara tu berlaku. At least aku lebih kuat nk hadap segala perkara yang berlaku dekat kyf. Sifat aku yg tak trust any men tuh jadi benteng aku supaya tak mudah jatuh cinta. Girls, men nowadays not easy to trust.It's hard to understand them. It's hard to know whether they really love you or just wanna have a love game. Who knows?..So, aku buat pendirian sendiri. Kalau betul someone tu really love, he'll bravely meet my dad and said, " I love your daughter, I want to marry her n I will take care of her.." Haha..Boleh jumpa this type? Just in your dream,dear! But, Alhamdulillah kalau betul2 wujud. Okey berangan lebih.. =.=



"Hikmah"


So,this is some advices to all. Nowadays, remaja sangat tergilakan cinta manusia. Sampai boleh abaikan pelajaran, family and the worse your bestfriend! Ada jugak yg rela putus hubungan dengan family, lari dari rumah sebab nk ikut kekasih. Hey, that is a stupid action! You said, you can't live without your lover..Ohh~~sweet =.=. So,what happen before you meet him/her? You still have your parents and family. Just move on! Dalam hidup nih, bukan semua benda kita boleh dapat. Kita memang hebat merranncang. But, perancangan Allah tu lebih baik..Like me, beria aku berharap selama 10 tahun, pendam perasaan. But, at last, I must forget him badly.Banyak lagi perkara yg kita kene buat dalam hidup nih. Bukan setakat duduk diam and termenung memikirkan hubungan dengan kekasih. Manusia mempunyai banyak tanggungjawab. Dah habis ke berbakti dengan family? So, kepada yg tengah angau in love tuh, tak suruh pun clash. But, just think wisely.Kalau betul hubungan tu akan dibawa ke alam perkahwinan, jaga lah dengan iman.Bukan nafsu.But, kalau rasa just to have fun, better break up! Waste your time! 



"Stop loving, just love yourself ,Family n Allah"



"A cute quotes for all"


"Dah kalau jodoh, tak kemana..."



"Remaja Islam in Syria, Palestine sibuk berjuang untuk selamatkan negara mereka daripada kafir laknatullah, dan juga mereka sendiri mempertahankan Islam. As for us here, sibuk bercinta yg tak tau mana arah tuju. Sampai lebam mata sebab nangis bila clash. So, who is better? Sampai bila remaja Islam in Malaysia nak maju? "




okay done! Hari cinta sedunia tamat ^^


Friday 13 March 2015

FAMILY TREE PART 4 (last part)

Loading........................

okay done, hello again, bertemu kembali kita dalam rancangan jejak kasih, pada episod yang lalu, seorang kanak2 ada menelefon pihak kami untuk mendapatkan maklumat tentang ibu bapa nya yang terpisah, atau lebih tepat, yang membuang dirinya suatu ketika dahulu..Pihak kami telah pun dapat mengesan kedua-dua ibu bapanya..haha...



"Taraaa....Nampak sangat konflik yg berlaku, sampai anak pun tak puas hati..=.=' "

"Yus and Intan,, such a complicated family,,aku tak tau apa alasan mereka membuang Syafiq,,haha,,sedih jer, nasib ada ibu L yg nak jaga..haha..Sekarang mereka juga kerap gaduh2 manja dalam grup ws..Hmm, ada tanda2 nak rujuk semula kot,,,Tahniah!!!"


Yus or Yuszaimi, dia suruh panggil dia Zaimi,,tapi nak panggil Yus jugak..Nama dia juga boleh di gunakan untuk describe orang, contohnya "Yusfull" or "yusless" haha...Dia suka menyakat orang, kadang2, tarik kerusi aku, lia or Ira secara tiba2..tapi, dia ada otak yang sangat bijak...wuuuu...Albert Einstein, well, dia cepat pick-up..from my opinion ar,, Well, bab sakat2 orang, Athirah or Tierah or STF selalu menjadi mangsa..isk..isk..sedih tengok,,Dia siap buat fanclub lagi untuk Tierah dalam grup ws, haha,,,Nasib lah aku tak masuk dalam grup tuh, kalau tak, hang gon gue,,huhu...Hari2 kacau tierah,,Pastu nanti mesti Tierah marah dia balik.."Kuang ajo ar kau Yus.." haha,,rindunya ayat tuh..Dalam kelas Miss Kay, dia tak pernah duduk diam..and Miss Kay selalu tegur dia.." Yus, stop playing with your pen, or you will sit infront!" haha, ada ar sekali tuh dia kene duduk depan..Padan muka, aman kitorang yang duduk belakang tuh...opss,,haha..Okay done pasal dia..Hope you have a bright future...( betulke ayat tuh? =.=)

Intan, yang comel yang bersinar-sinar bagai bintang yg berkelipan di langit yg gelap...Yeah..Hiperbola..haha..nice to meet you, dear..Intan kakak sulung kitorang...ehh..sebab dia lahir dulu, ingat lagi betapa gempak nya surprise birthday party dia dulu..huhu,, untungkan. aku punya..biasa jer, well, Intan pun baik ngan aku..hihi,,first time jumpa, Intan tak sombong pun dengan aku, huhu,,and aku jugak keliru antara dia dan Mas, haihh, sebab dua2 pakai spec..okay sekarang saya boleh beza, Intan nak tau tak? kita save nama awak dalam fon kita as Najwani, sebab tak berapa tau nama full lagi waktu tuh...Hehe, oh, lupa, Intan sangat suka tengok baby2 yang comel..Sebab ada sekali tuh tunjuk pics my niece and nephew dekat dia..Haha, nampak lah dia excited dengan baby, orang yang suka dengan baby nih comel tau...huhu..BTW, good luck for your future, hope Intan dapat jumpa lelaki yg lagi yusfull daripasa Yus..haha 



"Lepas bercerai dengan Intan, Yus memilih Madelyn sebagai teman hidupnya n dapat Shahmie..."

Shahmie or nama glamournya ShaSha,, haha..dengar citer ada fanclub jugak but entah lah...Aku tak tau pun yg dia ni player ragbi sama ngan Deanial, haha...Dia senyap dalam kelas, and soalan favourite yang selalu dia tanya "where do you want to further your study?" kitorang akan gelak bila soalan tu di utarakan..hahaha...Macam takde soalan lain jer..Jelly sangat minat dengab Shahmie..Tak habis2 cakap "Shasha comel, Shasha comel.." ^.^ dia jugak sangat berguna bila Harraz especially nak hotspot, sebab Shahmie selalu bagi hotspot free...wah baiknya, well, good luck for your future!

Madelyn, otak jahat aku cakap, tak payah tulis pasal dia, haha..Tapi kan, tulis je lah..I just want to say that, she hardly to open her mouth..hehh...Yet, a mysterious girl too...Tak pernah pun borak panjang2 dengan dia...Maybe dia pun x de idea nak borak apa ngan kitorang..hurmmm...wateva..

Nah belanja gambar...

"Waktu birthday Intan..."


"Intan potong kek"


"konspirasi menghabiskan aiskrim..=_=' "


This is the end of the story, hope everyone will have a happy life..
Thanks for being my friends, gave me a wonderful times and made me cry when we have to be apart..
Now, I'm start to miss all the great memories that we had before..

THE END......

Thursday 12 March 2015

FAMILY TREE PART 3

okay, dalam entry sebelum nih, story pasal anak first Paan n Mar, Harraz bersama keluarga dia yg besar tuh..wuuu. Now, err, anak second mereka. Macam malas pulak nak story, haha. Tapi, nnti merajuk pulak, err, ye ye je nak merajuk bagai, ok melebih.. =.=


"Tadaa,, comel kan yg pakai baju kurung tuh,,haha. okay perasan -.-"

"Aku tak tau camne pulak boleh termasuk dalam scandal ini,,=_=  yang pasti, bukan aku yg start semuanya ..haha,,well, bende ni buat aku teringat dekat sorang mamat dekat highschool. Perangai mereka sebijik, figura pun. Haihh, kelakar pulak, sebab mamat tu pun ngaku aku ni wife dia, tapi second wife. Dalam kes nih, newlywed couple kata mereka..huwaa..eee..but,disebabkan ianya fake so aku pun wat dunno jep..haha.."


Faiq, at first, ingatkan student cina, tp, melayu rupanya, Islam pulak tuh,,haha.,kecewa jap sebab baru nak berlagak dengan kawan lama aku sebab aku satu kelas dengan mamat cina..Tu lah, niat dah tak baik..isk..isk..Masa mula2, biasa jer, aku takut nak cakap ngan dia, sebab aku kan memang tak biasa cakap dengan lelaki,Dia bising sangat-sangat-sangat dalam kelas.Nampak tak betapa banyak nye 'sangat' kat situ,,Well, dia jugak seorang yang bijak, straight A's SPM,,kau ada? okay aku takde..Malu pulak kawan dengan budak bijak nih,,haha, Kalau dia bercakap kan, mulut tu mesti tak boleh stop, bercakap je keje,Dalam kelas, tak kisah lah kelas apa. .dia akan gelak sorang2, suddenly, maybe seronok tengok orang lain tido or buat perangai pelik, aku pun selalu kene gelakkan dengan dia..huwaa..Disebabkan aku duduk depan dia,  so setiap hari tengok dia buat bende yang sama -_-||,Ada orang kata,biasanya org yg happy2 nih, panas baran,opss,yeah! That's true! Dia ar, takut kot kalau tiba2 mood dia ter twist, angin kencang pun terus bertiup, Maybe stress, ye lah, dia dapat a lot of depression sebab semua bende dia nak handle, apa2 jer kitorang akan suruh dia, eh ye ke? ntah..And Dia jugak sangat peramah, ye lar, sebabtu ramai peminat kan? aku tau sape minat dia..tapi tak nak bg tau,,yang pasti, bukan aku..haha..Disebabkan dia peramah, dia sangat rapat dengan Miss Kay, siap pergi BBW sama2 lagi..

Aku nak cakap, dia memang mengingatkan aku dekat someone, aku dah pernah cakap kat dia, nak citer jugak ke kat sini, hehe,,ok aku cerita, dulu kan, ada someone tuh suka kacau aku, start dari Form 4, dia budak pandai, well SPM hari tuh dia dapat Straight A's for 11 subject..Budak science stream..Sama macam kes Faiq, aku tak tau apa alasan dia nak kacau aku, maybe sebab aku senyap sangat kot, Dia kan bila nampak jer aku, dia akan panggil nama aku dengan excitednya,,haha,,And, he also assumed me as her wife, see?  Lebih kurang je kan? Tapi,  setiap kali dia kacau aku,  aku selalu wat derk jer.. Malas nak layan,  haha.. So,  bila bende nih jadi lagi,  aku pun tak kisah sangat.. Tak de apa2 perasaan pun,  dulu.. Yup,  ada sikit.. Kot.. >_< now,  aku okay..Cuma,  dulu aku memang rasa dipermainkan, diperbodohkan sebab entah lah.. Dia buat aku ni macam tempat untuk hilangkan stress dia,  haha.. Dia berjaya,  aku tak.. Tapi,  biarlah.. Aku suka tengok orang lain bahagia.. Walaupun aku sendiri yang kecewa,, cehhhhh.. Bermadah pulak... Sorry.. 

As for Faiq,  thanks for every single thing that you have done to me.. Buat surprise birthday.. Tu memang terharu,  sebab dulu hanya bestfriends aku je yg sambut birthday.. Yang lain tuh.. Hmmm.... Tapi,  korang memang terbaik..Hah,  thanks sbb treat aku tiramisu  haha... Kawan2 aku waktu tu semua fikir lain.. Haha.. Aku tak fikir apa2 pun.. Hope kau bahagia n berjaya di dunia dan akhirat.. Thanks bagi aku experience yg sangat kelakar.. Haha.. Tiba2 rasa rindu nak kene kacau lagi.. ≥﹏≤ okay.  That's All.. 

"Tolong jaga kawan aku yang comel tuh,  kalau korang memang ada jodoh,  jangan lupa jemput aku.. Hihi.. Nak seat special tau.. ^ω^..."

Err,  lupa pulak nak tanya..Bila kau nak ceraikan aku?   -_-|| hahaha.. Mesti kau bosan dengan ayat nih.. Ada aku kesah? Hah..nak bagitau, aku tak pernah ada gambar berdua-dua dengan lelaki.. Family photoshoot tu lah first time bagi aku.. Haishh..  Semakin nakal pulak rasa.. Maafkan aku,  Allah..╥﹏╥...

Kitorang tak de gambar kontrovesi... 



"Boooooooo..........."


hahahahahahahahaha
terpaksa〒_〒


to be continued.........




FAMILY TREE PART 2

Now, proceed to the next part..



"Harraz and his four wives" wuu


"first wife..Imah and their two daughters, Jelly and Hajar. "

"Harraz n Imah,  cerita cinta mereka bermula apabila.. Eceh,  jiwang kot ayat.. Tukar,  macam nih.. Ceritanya, diorang ar citer.. Masa mula2 masuk dulu,  diorang ada tanya Harraz about ciri2 wanita idaman dia,  pastu dia cakap,  dia suka perempuan yang pakai tudung labuh n bising2 sikit..dan semua ciri2 tersebut ada kat Imah,  jadi mereka pun di gossip kan.. Haha.. Pastu,  diorang suka gaduh2 manja dekat ws.. Harraz akan cakap macam nih "Imah busuk!" then Imah akan balas balik "kau ar busuk! " mereka saling membusuk-busukkan antara satu sama lain.. Haha.. Kelakar kot,  dalan ws tu penuh dgn conversation diorang jer.. Tak gaduh sehari tak sah.. "

Harraz,  agak tinggi n baik orangnyer.. Errrr.  Bagilah.. Dia kadang2 senyap dalam kelas,  tp kadang2 tu bising gak.. Yang pasti dia gaduh dengan Imah dalam ws jer.. Bila depan2 jarang.. Pastu dia selalu cakap dekat aku yg aku nih dalam ws jer bising,  dlm kelas senyap.. Dan dia jugak akan detected siapa yg tak bercakap dalam kelas lagi harituh,  camni "Hmm,  hari ni aku tak dengar lagi L cakap" ayat yg biasa di dengar.. 

Imah,  hmm.. MPP nih jangan main2 haha.. Imah pakai tudung labuh.. Comel je.. Sometimes,  we called her cik kiah.. Aku pun tak tau kenapa,  but sekarang Harraz akn panggil dia Limah.. Haha.. Dia juga sering dipersalahkan atas mengabaikan tanggungjawab sbg isteri atas alasan sibuk berpolitik.. Kah kah.. Serious propa... Imah ni suka main spam dlm grup ws.. Hang fon gue.. Huwaa... But sekarang tak dah.. Bila dye speaking English,  accent dia pekat.. Yg ayat "Can't you see that Sarah was caught by that freaking creature?! " tu line drama dia lah.. Haha.. Kitorang suka ajuk sebab style dia cakap tu lain.. Haha.. Alahai,  rindu pulak.. BTW,  i hope you'll be a good muslimah... Hiiii... Dah lar harituh tipu aku kata nak kahwin,  serious aku percaya.. Siap jealous lagi.. Haha..lawak betul Imah nih.. Dia pun peramah n penyayang org nya.. Ye lah,  tgk nama lah kan. .^_^ 

Jelly,  anak first mereka.. She is a kpop lover. Apa2 mesti kpop.. Tajuk presentation pun mesti ada kaitan pasal kpop.. Well,  aku pun minat kpop gak but not too obsessed.. Haha.. Aku baru je tau yg dia nih duduk dekat Bantura which is dekat je ngan rumah aku.. Haha.. Jelly seorang yg manja as aku selalu tengok dia asyik berkepit dengan Imah je.. Sweet.. Maklumlah dia kan anak Imah.. English dye pun tip top.. Dia jugak adalah script writer for our drama...totally awesome.. *daebak! *

Hajar,  or Hahahajar.... Haha,  suka tulis macam tuh dlm grup ws.. Hehe.. okay as you wished, satu,,dua,,tiga...HAJAR COMEL...HAJAR COMEL...HAJAR COMEL..HAJAR COMEL...okay dah...dia ckp dia comel..memang pun, awak memang comel...kita ngaku,,,okey,,hehe..dia nih anak last Imah n Harraz..nak sgt jadi yg termuda,,ambil lar...Budak keyel yg tak berapa sosial sangat...Hmm, good Hajar..She also master in drawing..harituh dia lukis potret boyfie dia iaitu Edward Cullen,,Twillight..bila dah obses dengan classic horror..effect drama katanya...haha..She's a cheerful girl, happy go lucky bak kata mereka..Kalau kitorang nk pergi mana2 dkt KL mesti refer dia..ye lahh..nama pun budak KL..Waktu drama haritu, dia lah witch the narrator,,muahaha <---style dia gelak...BTW, kita suka kawan ngan Hajar, sbb dia friendly, banyak cakap..pastu bile time ambik gambar mesti creepy jer...haha..oh..lagi satu, suka dengar Hajar speaking sbb your voices sound lovely...hihi (Mohon Hajar jgn kembang lebih...pffft) >.<




"Second wife, Mas and her twins"

"Cerita mereka, saya tak tau..hihi..mereka dikurniakan sepasang kembar tak seiras..haha..hmm, Athirah and Deanial."

Mas,or Masturina...comel jer...huwaa..lama tak dengar citer pasal dia..sejak habis course dia terus menyepi, Mas..Where are you sweetie?..huuu,,rindu,,Mas suka practise recorder dengan Hamdi..Dia baik, comel je suara, Orang nya pun lemah lembut n tak banyak cakap sangat dalam kelas. Sama dengan aku lar,,Pastu bila dalam ws bising gila..Haha yeay..geng..*gimme five* Kitorang suka share pendapat..hihi..

Tierah...jelly panggil tierah baby...Yus panggil STF! haha..aku panggil tierah jer..senang..dia orang first yamg layan aku lebih2 kat kelas, waktu mula2 masuk dulu..Aku tanya macam2 kat dia...haha..lepastu dah biasa2 jer..she loves to read..aku rasa ar..kalau dia present mesti bersemangat..haha..Pastu nanti mesti yus akan ejek,,,hehe..STF! STF! suka betul kacau tierah...siap buat fanclub dkt ws..katanya nak mengalahkan fanclub Aiman Haiqal..haha..Yus kata, sekarang tierah tengah sibuk buat konsert jelajah apa tah.. haha..sebab tu dia agak lama tak mnyelit dalam grup ws..boleh lah.. ada je modal nak kenekan orang..tapi, tierah cool je...layan je yus tuh...hihi

Deanial aka Bulu aka Furry...mula2 kan..aku ingat nama panggilan dia Budu...sabit...ye lar ingat dia orang kelantan ke apa ke...kah kah..rupanya Bulu..ohh..He wanted to become a lawyer...aku ingat sebab masa mula2 dulu, asyik cakap pasal law je..sama dengan mama dia, Mas..Tapi, aku tak nak panggil dia Bulu, so I call him, Deanial...walaupun kadang tuh mcm susah je nk type..tapi takpe...huhu...Imah cakap Deanial comel...pastu mesti dia bangga..dalam grup ws, dia suka berpantun..haha..ingat lagi waktu kitorang kat paradigm mall, beria dia cari patung kucing yg tgn lambai2 tuh..dah jumpa pastu dia beli letak dalam kelas..nama kucing tuh Diane..ehh ye ke? ntah lupa, at last buang gak, sbb dah tau hukum simpan mende tu tak elok..pengorbanan demi agama katanya..Hmm...good.. ^_^



"Third wife, Lia with her adopted son,Syafiq"

"Lia jadi wife Harraz sebab waktu main poison box, dia kene ckp I Love You kat a guy dalam kelas kitorang, then dia gi ckp kat Harraz, automatically, jadi wife Harraz yg ketiga,,haha...Syafiq tu anak terbuang..kesian..So, Lia yang baik hati adopt and jaga Syafiq.."

Lia or Nazlia...ni lah long lost friend, huhu,,rasa terkejut mula2 nampak dia..x percaya betapa keciknya dunia...Btw, memang excited bila dapat tau satu kelas dengan dia..ye lah, dulu pun kejap jer dapat kenal dengan Lia, satu dorm n satu kelas time Form 1..pastu dia pindah..bila satu kelas, so rapat lah..macam2 bende nak share..pergi jogging kat tasik..(tu first time and last time sebab Lia jarang nk keluar) haha.. Pastu pergi Sunway n KLCC...best kan, lia ni lembut n polite orangnya, sebab tu ramai peminat..dari dulu lagi..yang best, kalau ada orang minat dia,,Kadang2 tuh dia wat dunno jer..haha..Ingat lagi kisah waktu form 1 dulu, hihi,,tak nak ar citer kat sini..private n zip mulut,,,hehehe...Lia baik, n hope you'll marry a good guy too,,,weee,,,,

Syafiq, yang bising...selalu cari Lia.."Mana ibu L, mana ibu L" haha always like that..Nampak tak dia sayang sangat dkt ibu angkat dia,,,haha..well, dia ada gossip hot, wuuu...comel je bakal anak sedare aku tuh..Kelas sebelah..tak leh muka blushing habis..Haha,,sweet kot..waktu pergi jogging ngan Ira, Lia n Mira, kantoi diorang date kat tasik,,opss,,pecah rahsia,,beria lari tak nak kantoi,,lawak ar,,hehe..semoga berbahgia nnti, jangan lupa jemput kitorang yer.hmm mira dah cite macam2 pasal syafiq kat blog dia ..so jemput lah singgah ke sana..^_^....




"Cerita cinta mereka pun aku tak tau, tau2 Ira jadi wife keempat Harraz, bak kat orang bini muda..Haha..Dia di gelar Gold Digger, sebab boros berbelanja..kata mereka..haha..plus, Suka habiskan duit Harraz,,hihi..terok betul bini muda nih.. =.=' "


Ira, or Shahira...mula2 masuk macam familiar jer muka budak nih,,padan lah..satu kampung rupanya,,haha,,Dalam kelas dia duduk sebelah Lia n Lia duduk sebelah aku,,tempat aku bawah kipas,,n dekat dengan air-cond,,so, memang sejuk gila..Lia pun same,,so,,kitorang suka pegang tangan Ira, sebab tangan dia panas..then mesti dia akan jerit "Ya,,,stay away!" haha..ada aku kisah...lagi aku rentap tgn dia,,serious sejuk waktu tuh..huhu.mula2 tak rapat sgt pun dengan dia nih,,,ye lar,,saya budak baru, dia rapat ngn Lia jer, tp, lepas byk spend time together, terus jadi rapat..haha..Ohh, Fon kitorang sama, Oppo..sebijik kot, nasib baik jer Fon aku, ada sticker not music,,haha..kalau tak, tertukar,,,pergi jogging dengan dia, dah lar tinggal aku,,huhu,,penat nk kejar kau tau tak?! dah lar suka pijak kasut aku, pastu aku pijak balik kasut dia,,hehe..balas dendam,,Balik dari kelas mesti turun lunch dekat DM sama2 dengan Lia,,apa2 memang kitorang bertiga,,Ingat lagi date dua org dengan dia dkt Paradigm Mall, kitorang nampak Hajar n Leha nk gi Sunway, pastu pergi kelentong diorang ckp kitorang nak pergi KLCC haha..percaya budak dua org tuh..hihi..nakal kan?..N kami suka selfie dua org,,,Fon same...well, gambar cantik,,penuh memori fon,,kah kah..Cakap pasal nakal, kitorang suka ketuk pintu kelas org bila nk balik, ketuk pintu kuat2 pastu lari sama2,,hihi..rindu arr..Banyak kot bende yg aku buat dengan dia,,pergi KLCC, Sunway,Karaoke kat giant, hehe,,usha abang Bar...cehh,,tu pon kes mengada tiba2,,haha..alarr bukan selalu,, Ira ni tak suka haiwan yg berbulu, katanya geli..tapi, disebabkan aku,,dia terpaksa membelai dora si rabbit..haha,,nasib baik lah dora tu fluffy,,hihi Apepun, walaupun kau garang, ganas macam harimau, tapi kau tetap comel...hihi..bangga tak aku puji? Kejap je kenal terus rapat, maybe sebab otak kita sama,,Gila2..kau je tau perangai sebenar aku mcm mana,,Rahsia aku pun kau pegang ,,,haha,,Thanks Ira... 

Gambars...(suka hati tambah s)

 "Imah, Hajar, Jelly , Ira n Lia "


"Harraz, Deanial, Mas, Tirah, Syafiq"




"Oppss, tertinggal pulak kisah mereka, haha,,Jelly tak nak kahwin tapi nak anak..so, she adopted Mira n Izatul the twin.."

Mira..She is a blogger too..haha..yes..gang,,aku impress at first bile tau she's the only child in her family,,sure lonely gila kan..haha, sbb aku mcm boleh rasa,,hihi,,Mira sumbangkan suara jeritan dia for our drama, seriously creepy,,nice job dear..Well, dia dah taken..nak tau sape,,,baca blog miss mustache...hihi untungkan?...Btw, good luck for your future dear..kita share favourite yg sama,,Blogging,,Ingat lagi, mira beria sangat nak pergi rooftop..Idea rooftop tuh idea dia lah..tapi, tak kesampaian kan..huhu..nanti ye ,,kita pergi sama2, tengok bintang..err nampak ke bintang kat rooftop tuh? haha..ingat lagi..punya lah susah nk menyampaikan idea tuh dekat orang lain..hehe..semua tu kenangan.

Izatul aka miss world..Cik kiah yg bg gelaran tuh,,btw, sesuai ar ngan awak yg cantik tuh..wuuu..Kalau nak pergi practise drama mesti pergi ngan dia,,sebab, bilik kitorang berhadapan jer..apa2..panggil dia "Izzatul, nnti gi sama eh?" hihi..pastu nak balik from drama, kadang2 balik ngan dia..Ye ar, takut kot..dah la malam..herr..seram..Waktu hari last, merah jer mata dia,,Nangis..bese ar,, sape yg tak sedih bila nak berpisah...kan? Apa pun Izatul lemah lembut org nye...hehe..puji sikit..dan cantik..Good luck in ur life..





To be continued.........