Pink Bobblehead Bunny
Blogger Tips and Tricks

Friday, 6 November 2015

Piano Chapter 1

4 orang remaja mengatur langkah memasuki pagar Sekolah Tinggi Lucia, sebuah sekolah swasta. Bangunan sekolah tersebut yang bercirikan British menarik pandangan mereka. Cantik! Usai urusan pendaftaran mereka sebagai pelajar tingkatan 4 yang baru selesai, mereka berjalan beriringan ke kelas masing-masing.

"Yeah, new school, new dream! weee..." lafaz Nur Sofea, atau nama manjanya Feya. Manja lah sangat kan. Mohd Hadi atau nama brutalnya Adi, membuang pandangan menjengkelkan kepada Feya. Nak cari gaduh lagi lah nampaknya.

"Tak payah nak excited sangat, padahal time last day dekat sekolah lama beria nangis sampai bengkak mata. Cengeng!" Hambur Adi. Feya mencebik. Ada saja point Adi nak kenakan dia. Tidak usahlah ungkit perkara yang dah lepas. Spoil mood betul!

"Kau ni kenapa? Tak payah sibuk hal aku!" Balas Feya geram. Dia menarik tangan Nur Damia Atia atau Atia. Laju betul mereka berjalan sampai semput-semput si Atia tu. Sampai satu tempat, Atia memaksa Feya untuk berhenti.

"Ok Feya, wait. Kita tak sama kelas tau.Aku sama kelas dengan Zharif, kau dengan Adi. Hehe. So, kena berpisah kejap. Jangan nakal Feya." Sempat Atia berpesan. Dia tau mood Feya akan berubah serta merta kalau dengan Adi. Daripada mood tinker bell, terus bertukar jadi incredible hulk. Bahaya!. Feya mencebik. Dia memang tak suka betul kalau satu kelas dengan Adi. Anti! Serabut! Musuh utama! Hati dia menjerit. 'Tak mahu!' Tapi nak buat macam mana lagi. Huh, terima sajalah kenyataan.

Mereka berpisah. Zharif mengikut Atia. Feya pula terpaksa mengikut Adi. Adi mengetuk pintu kelas. Guru yang mengajar, tersenyum melihat mereka berdua.

"Masuk." Arah guru tersebut dengan senyuman. Sebelum masuk, mereka berdua tengok dulu papan tanda kelas. Sama tak seperti yang di beri di pejabat tadi. Salah kelas, dapat malu. Setelah memastikannya. Mereka berdua masuk. Itu pun, berlaku adegan aksi tolak menolak antara Feya dan Adi. Macam-macam. Guru tadi hanya tersenyum melihat mereka.

"Ok semua, harini korang ada kawan baru. Boleh perkenalkan diri? " Guru tersebut memandang Feya dan Adi. Feya senyum-senyum malu. Adi menjeling.

" Ok, hai! Saya Mohd Hadi. Panggil Adi je. hehe" Adi perkenalkan diri. Selepas itu, dia siku tangan Feya. Feya menjegilkan mata.

"Emm, saya Feya. Hai.." Feya memperkenalkan diri acuh tak acuh sahaja. Guru tersebut hanya tersenyum lalu dia menyuruh mereka berdua duduk di tempat yang kosong.

Seperti biasa, Adi mendapat perhatian kerana dia mempunyai wajah yang boleh dikatakan kacak. Good looking. Tambahan pula, Adi memang suka melayan dan control macho. Itulah yang membuatkan Feya jengkel dengan Adi. Gedik katanya.

Usai, kelas habis. Semua pelajar bersiap-sedia untuk waktu rehat. Feya termenung. Dia masih tak dapat kawan perempuan lagi. Perempuan yang duduk sebelah dia tadi senyap sahaja dan asyik menundukkan pandangan. Nama pun dia tak sempat tanya.

"Sofea! Feya!" Suara lembut memanggilnya. Atia! Atia tersengih di balik pintu belakang kelas.Feya berjalan kearahnya.

"Tia....." Feya memanggilnya lemah. Nak mengadu lah tu. Atia dah masak dengan perangai Feya nih.

"Eh, kenapa? kelas tak ok ke?" Feya menggeleng apabila ditanya begitu. Atia dah dapat mengagak. Feya ni, memang susah nak sesuaikan diri dengan tempat baru. Padahal dia yang paling excited tadi.

"Ok2, nanti cerita.But now, can we find something to eat? I've been starving since this morning la. 
Huhu.." Luah Atia. Feya mengangguk setuju. Dia pun lapar. Dari pagi lagi mereka tak menjamah apa-apa. Kelam kabut sangat.

"Feya, takkanlah kau tak dapat kawan dalam kelas tu? " Tanya Atia. Feya menghirup kuah Bihun sup nya. Lepastu dia geleng.

"Aku duduk sebelah budak perempuan nih. Dia tak layan aku pun. Macam aku ni tak wujud. Huhu sedih betul" Atia tergelak mendengarnya. Padahal Feya memang jenis tak reti nak mulakan perbualan dengan orang baru.

"Lama-lama nanti ok lah tu. Mood masih baru maybe.How's about Adi? " Feya mencebik dengar nama Adi.

"He's too annoying lah. Control macho. Ceit. Well, dia kan senang nak adapt dengan situation baru. So, ramailah kawan dia. Perempuan pulak tuh. Ish, getik aku tengok." Luah Feya. Atia gelak.

"Jealous?" Soal Atia sinis.

"No way! And no reason! ok stop it, lapar dan nak makan. " Atia hanya tersengih mendengar jawapan Feya.Dia memang suka megusik Feya begitu. Hobi.

"Ehh, look! tu pun Adi dengan Zharif." Feya membuang pandangan ke arah yang ditunjukkan Atia. Adi dengan Zharif sedang sibuk menikmati makanan mereka. Feya mengalih pandangan.

"Biar lah dia, kau dengan Zharif ok je kan?" Soal Feya. Atia senyum. Dia memang ok dengan Zharif. Takdelah sampai bergaduh macam mereka berdua tu. Cuma Atia memang susah nak bercakap dengan Zharif. Malu.

Bunyi loceng kedengaran, menandakan waktu rehat sudah habis. Feya dan Atia bergegas ke kelas masing-masing. Disebabkan Feya terlalu gelabah, dia tidak sengaja bertembung dengan budak perempuan yang bersebelahan dengan dia dalam kelas.

"Ehh, sorry. Saya tak sengaja" Ucap Feya. Budak perempuan tersebut hanya memberikan jelingan tajam kepada Feya. Feya tersentak. 'Aku minta maaf pun salah ke?' dia bermonolog dalam hati. Selepas itu, perempuan tersebut terus berlalu ke tempat duduknya.Tanpa membalas ucapan maafnya.

"Pelik." Ucap Feya. Dia berdiri dekat luar pintu kelas sebab nak tunggu Atia. Mereka dah janji nak pergi beli buku.

"Woi, buat ape?" Tegur Adi. Feya menjeling.

"Sibuk je, ada masalah ke?" Feya membalas dengan nada jengkel. Biasalah, kalau dah tak suka tu. Orang bagi buah strawberry pun, dia campak durian kat muka.

"Boleh tak? Sekali je, aku tanye elok-elok.Balas la elok-elok. Taulah kau tak suka aku sebab aku terlebih macho kan?" Kata Adi sambil mengusap rambut nya ala-ala mat romeo.

"Erkk, mula dah tu. Aku tunggu Tia, nak beli buku. Dah ar. Chou!" Laju langkah Feya meninggalkan Adi. Malas berdiri lama-lama di situ.Getik dia nak melayan perangai Adi yang entah apa-apa tu. Adi hanya tersenyum lalu melangkah ke dalam kelas. Suka betul dia mengusik Feya.

No comments:

Post a Comment